PLEASE SIGN THIS GUESTBOOK

Thursday, July 22, 2010

SEMAKAN PLKN BAGI SIRI 8/2011


Ramai pelajar telah datang ke bilik kaunseling untuk menyemak terus bagi kemasukan PLKN siri 8/2011.Dibawah ini diberikan link ke website PLKN. Cuma masukan no k/p sahaja dan dapat keputusannya, TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA TERPILIH...BERBAKTI UNTUK AGAMA,BANGSA & NEGARA

SEMAKAN PLKN SIRI 8/2011

Wednesday, July 21, 2010

KEM JATIDIRI DAERAH PASIR GUDANG 2010


Pada 14 hingga 16 Julai bertempat di Tiram Indah Village, seramai 3 orang peserta telah tepilih mewakili sekolah ke Kem Jati Diri Daerah Pasir Gudang. Pengisian yang membina telah dapat membantu peserta ke arah jatidiri yang lebih baik.Semoga perubahan ini kekal hendaknya.

Tuesday, July 13, 2010

Program Pengawas Muda 2010





Pada Sabtu 10 Julai 2010, Unit pengawas sesi petang dengan kerjasama UBK telah menganjurkan program pengawas muda khusus bagi pengawassesi petang.Program lebih bersifat LDK dan telah berjalan dengan jayanya.Jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dengan program tersebut.

Hari Ko-Kurikulum SMKTM 2010






Sabtu-10 Julai 2010.Buat julung-julung kalinya SMK Taman Molek menganjurkan Hari Ko-kurikulum.Banyak pihak yang terlibat terutama guru-guru yang menguruskan unit beruniform dan kelab-kelab.Sambutan begitu menggalakkan dan diharap ianya akan menjadi acara tahunan..Semoga kejayaan hari ini akan mendapat kebaikan dihari mendatang.Tahniah kepada semua warga kerja SMKTM.

Monday, July 12, 2010

Motivasi SPM 2010



Pada 7 Julai yang lalu, UBK SMKTM telah menganjurkan program motivasi SPM untuk semua pelajar ting 5..Ia dikendalikan oleh Abang Zul dari Vision Consultant..Program ini dilihat mampu memberi celik akal kepada pelajar betapa pentingnya peperiksaan SPM.. Diharap ia dapat dibuktikan dengan peperiksaan percubaan yang hampir tiba.. semoga semuanya success...

Tuesday, July 6, 2010

Bengkel Kecemerlangan Akademik 2010


Sepanjang bulan Julai UBK SMKTM akan menjalankan teknik menjawab PMR&SPM kepada semua pelajar ting 3&5. Diharap dengan adanya program ini para pelajar akan lebih bersedia dan bakal memdapat keputusan cemerlang dalam PMR & SPM.Semoga input yang disampaikan oleh penceramah mendapat penghayatan sepenuhnya dari para pelajar dan guru.

Thursday, July 1, 2010

LAWATAN KE PAMERAN KERJAYA


Pada 30 Jun 2010 bertempat di SMKA Johor Bahru, telah berlangsung Pameran Kerjaya anjuran bersama MGKK Daerah Pasir Gudang dan Phak PPD Pasir Gudang. UBK SMKTM telah menghantar 30 orang pelajar dari kelas 5S3 untuk menyertai lawatan tersebut. Semoga ia bermanafaat untuk semua