PLEASE SIGN THIS GUESTBOOK

Thursday, December 16, 2010

KEPUTUSAN PMR 2010

15/12/2010 8:40pm

KUALA LUMPUR 15 Dis. — Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - Bernama

Kepada calon PMR yg ingin membuat rayuan ke sek men teknik digalakkan terus berjumpa kaunselor sejurus selepas mengambil keputusan PMR untuk proses rayuan

Wednesday, December 1, 2010

KEMASUKAN KE SEK. TEKNIK & VOKASIONAL SESI 2011

Seperti maklum kemasukan ke sekolah teknik telah dibuka. Klik capaian dibawah untuk keputusan kemasukan...Kepada yang berjaya diucapkan TAHNIAH...

PENEMPATAN SMT/V

Kepada pelajar yang berjaya sila maklumkan penerimaan dengan klik ya dan hantar.Cetak surat tawaran beserta borang yang dilampirkan.Lengkapkan borang dan uruskan pertukaran sekolah. Yang tidak dapat asrama sila hubungi sekolah berkenaan dan buat rayuan memohon tinggal di asrama...Sebarang kesulitan sila berjumpa dengan guru bimbingan & kaunseling.Untuk rayuan kena tunggu keputusan PMR keluar dahulu baru boleh buat rayuan.