PLEASE SIGN THIS GUESTBOOK

Tuesday, January 25, 2011

KEMPEN ANTI DADAH & ANTI ROKOK


Warga SMK Taman Molek melafazkan ikrar anti dadah dan anti rokok


Tuan Pengetua & PK HEM membakar model dadah & rokok
sebagai simbol membasmi gejala dadah & rokok

24 Januari 2011-Perasmian Kempen Anti Dadah dan Anti Rokok peringkat sekolah telah selamat dilancarkan dengan jayanya oleh Tuan Pengetua, En K.Tamilvanthan. Perasmian ini menunjukkan komitmen pihak sekolah untuk memastikan hasrat kerajaan Malaysia "SEKOLAH BEBAS DADAH 2012". Usaha ini perlu dimulakan dari peringkat awal. Pelbagai program telah disusun oleh Unit Bimbingan & Kaunseling untuk memastikan penerapan benci kepada dah ini tercapai.


Simbol Benci Kepada Dadah & Rokok


Penerangan tentang bahaya dadah dan rokok oleh Cik Irkhaniza

Saturday, January 15, 2011

PROGRAM AZAM PMR & SPM 2011


Pada 12 dan 13 Januari 2011 pelajar SMKTM yang bakal menduduki PMR dan SPM telah selamat mempatrikan azam masing-masing bagi dorongan kendiri pertama ke arah pencapaian cemerlang dalam diri para pelajar. Program azam ini bertujuan untuk mewujudkan rasa tanggungjawab pelajar terhadap diri sendiri serta masa depan mereka agar menjadi modal insan yang bersedia dan bertekad untuk pencapaian prestasi yang boleh dibanggakan.

PROGRAM ORIENTASI TING 1 & TRANSISI TING 4


Sepanjang minggu pertama persekolahan bermula 3 hingga 7 Januari 2011,UBK SMKTM telah mengendalikan 2 program suaikenal iaitu Program Orientasi Pelajar untuk pelajar tingkatan 1 dan kelas peralihan serta Program Transisi untuk pelajar tingkatan 4. Kedua-dua program berjalan lancar seperti yang diharapkan. Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir, rakan guru serta pelajar yang dikasihi kerana telah berjaya menjayakan kedua-dua program tersebut.

PERMOHONAN KE IPTA/TEVT & ILK FASA2

Kepada bekas pelajar tingkatan 5 yang telah memohon ipta,tevt & ilk fasa 1 sila lengkapkan permohonan kemasukan ke fasa 2. Pilih bidang pengajian yang diminati serta yang berpotensi untuk kerjaya masa depan. Gunakan no pin BSN yang dibeli daripada UBK. Didoakan semua pelajar mendapat keputusan spm yang baik serta mendapat tempat di ipta/tevt/ilk. Selamat berjaya

PERMOHONAN FASA 2

BERITA TERKINI : KEPADA PELAJAR YANG TIDAK MENGISI PERMOHONAN FASA 1 MASIH BOLEH MENGEMUKAKAN PERMOHONAN FASA 2 DENGAN MEMBELI NO PIN DI BSN. HARAP MAKLUM..

Sunday, January 2, 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


SEMOGA 2011 MENJADI TAHUN YANG LEBIH GEMILANG BUAT WARGA SMKTM. KEPADA PARA PELAJAR SELAMAT BERJUANG, SEMOGA HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI.BUAT RAKAN PENDIDIK, TERUSKAN SEMANGAT MENDIDIK ANAK BANGSA TERCINTA