PLEASE SIGN THIS GUESTBOOK

Monday, February 21, 2011

TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN DI INSTITUT PENGAJIAN KELOLAAN MARA

Klik pada gambar untuk gambaran iklan sebenar

Kepada pelajar lepasan SPM 2010, anda dipelawa untuk memohon melanjutkan pelajaran di Institut kelolaan MARA. Untuk maklumat lanjut hadirkan diri anda ke roadshow MARA mengikut ketentuan berikut :-

Tarikh : 5 dan 6 Mac 2011
Tempat : Plaza Angsana,Johor Bahru
Masa : 10.00 hingga 6.00 petang

Peluang yang ada digunakan dengan baik. Berfikirlah dengan baik sebelum membuat sebarang permohonan. Masa depan anda terletak ditangan anda.

Sunday, February 20, 2011

KEMASKINI PERMOHONAN MATRIKULASI SESI 2011

Dimaklumkan bahawa pelajar yang memohon ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 boleh membuat kemaskini permohonan masing-masing melalui Aplikasi Semakan Permohonan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 mulai 21 Februari 2011 sehingga 6 Mac 2011 di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wednesday, February 16, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010


Pelbagai spekulasi telah timbul tentang tarikh pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2010.Untuk makluman semua keputusan STAM telah dikeluarkan 3 minggu lebih awal daripada biasa... Spekulasi terkini tarikh keputusan SPM 2010 adalah pada 24 Februari 2011... Kita tunggu dan lihat...Kepada calon spm2010 SMKTM didoakan mencipta satu lagi sejarah baru sekolah seperti mana PMR 2010... Kami warga UBK SMKTM sentiasa membuka pintu menunggu ketibaan kalian...Semoga doa mengiringi kejayaan kalian...

TERKINI

Untuk makluman semua tarikh pengumuman SPM biasanya akan diberitahu ditelevisyen dan akhbar...so rajin2la dengar berita...Tarikh rasmi masih belum dikeluarkan...Harap bersabar

Monday, February 14, 2011

Larian Perdana Mahkota SMKTM 2011


Pada 12 Februari 2011 Larian Perdana Mahkota telah dijalankan serentak di seluruh negeri Johor. SMKTM tidak ketinggalan untuk turut serta malah menggabungkan larian tersebut dengan acara merentas desa iaitu Larian Perdana.Tahun ini telah mencatat rekod penyertaan teramai dalam larian perdana.



Juara Kategori Perempuan Terbuka

Juara Kategori Lelaki Terbuka

Sunday, February 13, 2011

Permohonan Kemasukan Ke Program Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia KPM Sesi Akademik 2011


Permohonan Kemasukan ke Program Pra Universiti Kementerian Pelajaran Malaysia sesi Akaemik 2011 telah dibuka. Kepada pelajar yang berminat dan berkelayakkan boleh layari syarat dan borang permohanan dibawah.

SYARAT PERMOHONAN

BORANG PERMOHONAN

Tarikh tutup permohonan adalah : 31 MAC 2011. Maklumat lanjut sila berjumpa kaunselor anda.

Thursday, February 3, 2011

HAPPY CHINNESE NEW YEAR

Salam 1Malaysia..Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua warga SMKTM. Gong Xi FaCai