PLEASE SIGN THIS GUESTBOOK

Tuesday, March 29, 2011

PENGUMUMAN TERKINI

Diatas perkara yang tidak dapat dielakkan pihak UiTM tidak dapat hadir pada hari esok 30 Mac 2011 tetapi akan hadir pada 1 April. Harap maklum. Kepada bekas pelajar, sila lengkapkan permohonan anda sebelum 4 April 2011 bagi permohonan ke IPTA /TEVT / ILK. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan anda gagal mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.Permohonan menjadi guru untuk program di IPG dilanjutkan sehingga 31 Mac. Harap maklum

Saturday, March 26, 2011

MINGGU PENDIDIKAN KERJAYA SMKTM 2011


Bermula 28 Mac hingga 1 April 2011 Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan Minggu Pendidikan Kerjaya SMKTM buat julung kalinya. Tentatif program adalah seperti berikut :-

28 Mac 2011 (Isnin) : Taklimat Kerjaya dari Management and Science University (MSU)
29 Mac 2011 (Selasa) : Taklimat dan pameran kemasukan ke Politeknik Johor Bahru
30 Mac 2011 (Rabu) : Taklimat dan pameran Selangkah ke UiTM oleh UiTM Johor Bahru
31 Mac 2011 (Khamis) :Penempatan kemahiran di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang

(semua taklimat dan pameran bermula jam 11.30 pagi sehingga 1.00 petang)

Acara kemuncak pada 1 April 2011 (Jumaat) : Karnival Pendidikan Kerjaya bermula jam 9.00 pagi hngga 12.00 tengahari.

Semua warga SMKTM dan ex-student SMKTM dipersilakan hadir untuk mendapat info dan maklumat terkini halatuju diri selepas SPM

PERMOHONAN BIASISWA SELEPAS SPM

Salam semua. Ramai ex-student SMK Taman Molek datang ke bilik cikgu bertanyakan biasiswa yang boleh dipohon untuk melanjutkan pelajaran. Dibawah ini disertakan laman sesawang yang boleh dilayari. Semua permohonan atas daya usaha sendiri. Peluang sudah terhidang tunggu masa menggapai peluang.

1) Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

2) Biasiswa MARA

3) Malaysia Scolarship

4) Study Loan

Thursday, March 24, 2011

SELANGKAH KE UITM


Kepada pelajar yang berminat boleh pergi bersama keluarga.

Tarikh : 26 - 27 mac 2011
Masa : 8.30 pg - 5.00 petang
Tempat : UiTM Kampus Johor Bahru

Sila bawa bersama keputusan SPM anda.


PERMOHONAN MELANJUTKAN PELAJARAN SELEPAS SPM

Dibawah adalah laman sesawang untuk pelajar lepasan SPM membuat permohonan melanjutkan pelajaran. Klik dan akan disambungkan terus ke sesawang berkenaan. Pilihlah dengan bijak. Masa depan anda ditangan anda.

1) IPTA/POLITEKNIK /TEVT / ILKA


2) IPT DIBAWAH MARA


3) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)

Untuk menyemak kelayakan permohonan berdasarkan keputusan spm silaya layari lawan web berikut :-

1) KELAYAKAN MASUK KE IPTA


2) KELAYAKAN MASUK KE IPTS


Sila pastikan anda mengisi sendiri permohonan...Digalakkan memohon lebih dari satu permohonan.Sebarang masalah boleh berbincang dengan kaunselor smktm. Sentiasa melayari webblog ini untuk maklumat terkini dari masa ke masa.

Tuesday, March 22, 2011

SEMAKAN SPM SECARA SMS


Mulai tahun 2011 ,Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam 30 MAC 2011.

Kepada yang tidak sempat menghadirkan diri mengambil keputusan boleh menyemak keputusan secara sms...ia mudah...cepat ....dan tepat...


Monday, March 21, 2011

SPM OH SPM !!!!!

Keputusan SPM akan diumumkan pada 23 MAC 2011 bersamaan hari Rabu. Para pelajar boleh mengambil keputusan bermula jam 10.00 pagi. Pakailah pakaian yang sopan. Kami guru-guru SMKTM mendoakan kejayaan cemerlang SPM 2010. Sebarang masalah untuk melanjutkan pelajaran bolehla berjumpa dengan mana-mana kaunselor. Pintu bilik Kaunseling sentiasa terbuka untuk anda. Kepada bekas pelajar SMKTM anda dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Karnival Kerjaya SMKTM seperti yang tertera pada iklan. Ia bermanafaat untuk mereka yang masih tidak tahu halatuju selepas SPM.

Sunday, March 20, 2011

LAWATAN KE KARNIVAL JOM MASUK U


Pada 12 Mac 2011, bertempat di PERSADA JOHOR BAHRU, UBK SMKTM telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke KARNIVAL JOM MASUK U bagi memberi maklumat dan pendedahan kepada para pelajar khususnya pelajar tingkatan 5 tentang halatuju mereka melanjutkan pelajaran selepas tamat tingkatan 5. Semoga ia dapat memberikan semangat kepada para pelajar agar lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk tahun ini.



PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2011


Seperti tahun-tahun sebelum ini Program Sekolah Selamat berjalan seperti yang dirancang. Banyak pihak telah memberikan kerjasama kepada pihak sekolah bagi menjayakan program sekolah selamat. Pihak UBK SMKTM mengucapkan jutaan terima kasih kepada LPPKN, JKJR, TRAFIK SRI ALAM, PENJARA JOHOR dan BOMBA JOHOR JAYA atas kesudian membantu pihak sekolah bagi memastikan para pelajar SMKTM selamat sejahtera selaras dengan tema yang dipilih tahun ini "SEKOLAH SELAMAT,SIHAT & CERIA MATLAMAT KITA"














Saturday, March 19, 2011

Kursus Kepimpinan Pemimpin SMKTM 2011





Sepanjang bulan Mac dijalankan kursus kepimpinan mengikut unit masing-masing bermula dengan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pustakawan, Ketua & Penolong Tingkatan dan diakhiri denagn Pengawas... Walaupun terdapat rungutan dari mereka-mereka yang tidak tahu nilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kursus kepimpinan ini dilihat bakal melahirkan pelajar SMKTM yang berdisiplin dan berkeblehan...teruskan usahamu wahai pelajar yang dikasihi sekalian...Perjalanan dan perjuanganmu baru bermula sebagai khalifah dimuka bumi ini
.


Tuesday, March 8, 2011

PERMOHONAN KURSUS PERGURUAN UNTUK LEPASAN SPM

KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM AMBILAN JUN 2011 YANG DITAWARKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)
B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
. Fizik
. Kimia
. Biologi
. Matematik
. Pendidikan Khas
. Bahasa Cina
C. Program Kembar Bahasa Perancis :
. Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
D. Program Kembar Bahasa Jerman :
. Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

SYARAT KEMASUKAN


1) CEMERLANG dalam mana-mana 3 matapelajaran
2) KEPUJIAN dalam matapelajaran berikut B.Melayu, B.Inggeris & Sejarah

Permohon hendaklah membeli no Pin di Bank Simpanan Nasional berharga RM 6.00 dan membuat permohonan secara on-line di paparan berikut

PERMOHONAN PERGURUAN 2011

Kepada yang berminat diharap memohon segera...Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 Mac 2011

Friday, March 4, 2011

INFO PENTING BUAT CALON SPM 2010

Perhatian kepada calon SPM 2010 SMK Taman Molek. Para pelajar yang dikasihi, anda digalakkan menghadiri Karnival Jom Masuk U 2011 mengikut ketentuan berikut :-

Tarikh : 12 & 13 Mac 2011
Tempat : PERSADA Johor Bahru
Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Banyak info dan maklumat berguna berkaitan peluang melanjutkan pelajaran selepas SPM dapat diperolehi dengan menghadirkan diri ke karnival ini. Jangan lepaskan peluang ini.

p/s : Keputusan SPM dijangka diumumkan pada 23 MAC 2011. Harap bersabar dan berdoa.