15/12/2010 8:40pm
KUALA LUMPUR 15 Dis. — Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.
Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.
Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.
Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - Bernama
Kepada calon PMR yg ingin membuat rayuan ke sek men teknik digalakkan terus berjumpa kaunselor sejurus selepas mengambil keputusan PMR untuk proses rayuan
Thursday, December 16, 2010
Wednesday, December 1, 2010
KEMASUKAN KE SEK. TEKNIK & VOKASIONAL SESI 2011
Seperti maklum kemasukan ke sekolah teknik telah dibuka. Klik capaian dibawah untuk keputusan kemasukan...Kepada yang berjaya diucapkan TAHNIAH...
PENEMPATAN SMT/V
Kepada pelajar yang berjaya sila maklumkan penerimaan dengan klik ya dan hantar.Cetak surat tawaran beserta borang yang dilampirkan.Lengkapkan borang dan uruskan pertukaran sekolah. Yang tidak dapat asrama sila hubungi sekolah berkenaan dan buat rayuan memohon tinggal di asrama...Sebarang kesulitan sila berjumpa dengan guru bimbingan & kaunseling.Untuk rayuan kena tunggu keputusan PMR keluar dahulu baru boleh buat rayuan.
Kepada pelajar yang berjaya sila maklumkan penerimaan dengan klik ya dan hantar.Cetak surat tawaran beserta borang yang dilampirkan.Lengkapkan borang dan uruskan pertukaran sekolah. Yang tidak dapat asrama sila hubungi sekolah berkenaan dan buat rayuan memohon tinggal di asrama...Sebarang kesulitan sila berjumpa dengan guru bimbingan & kaunseling.Untuk rayuan kena tunggu keputusan PMR keluar dahulu baru boleh buat rayuan.
Thursday, November 18, 2010
KEMASUKAN KE IPTA,TEVT & ILK LEPASAN SPM 2010
Kepada calon SPM 2010
PERHATIAN :
- Mulai tahun 2011 selain kemasukan ke IPTA, pelajar lepasan SPM yang berminat dengan program pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional serta Kemahiran di Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) hendaklah mengisi borang permohonan yang disediakan;
- Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan;
- Pemohon Lepasan SPM/Setaraf yang telah mengemukakan permohonan pada Fasa 1 WAJIB mengesahkan permohonan dengan menggunakan No. Unik ID pada Fasa 2 mulai 10 JANUARI 2011 hingga 4 APRIL 2011;
- Pemohon yang TIDAK mengemukakan permohonan Fasa 2, TIDAK akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA, TEVT dan ILKA;
- Hanya satu (1) permohonan dan tiga (3) kali pengemaskinian dibenarkan sehingga tarikh tutup permohonan;
- No. Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan bertujuan jika terdapat kesilapan No. Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan SPM;
- Kata & Nama Ibu ini dimasukkan oleh pemohon untuk tujuan pengemaskinian maklumLaluan at;
- Kata Laluan & Nama Ibu perlulah ringkas, dirahsiakan dan sentiasa diingati;
- Isi dengan teliti. Jika sebarang masalah hubungi Unit Kaunseling SMKTM menggunakan email / shout box
E-BORANG PERMOHONAN KE IPTA,TEVT & ILK
KEPADA CALON SPM SMKTM DIDOAKAN SEMOGA BERJAYA & MENDAPAT KEPUTUSAN TERBAIK DALAM PEPERIKSAAN SPM...
BERJUANGLAH UNTUK MASA DEPAN YANG CERAH
KEPADA CALON SPM SMKTM DIDOAKAN SEMOGA BERJAYA & MENDAPAT KEPUTUSAN TERBAIK DALAM PEPERIKSAAN SPM...BERJUANGLAH UNTUK MASA DEPAN YANG CERAH
Tuesday, November 16, 2010
Thursday, November 4, 2010
Friday, October 15, 2010
KEMASUKAN KE SEK. TEKNIK & VOKASIONAL
Selepas sesi penerangan kemasukan ke sek teknik & vokasional, bilik kaunseling SMKTM dihujani dengan pelajar yang berminat. Disini dipaparkan link untuk permohonan tersebut.
SEK TEKNIK & VOKASIONAL
Klik link diatas dan isi seperti yang diarahkan. Diharap pelajar yang telah mengisi secara persendirian menghantar salinan ke bilik kaunseling untuk rujukan guru. Sebarang pertanyaan sila berjumpa kaunselor secepat mungkin. Semoga berjaya
Klik link diatas dan isi seperti yang diarahkan. Diharap pelajar yang telah mengisi secara persendirian menghantar salinan ke bilik kaunseling untuk rujukan guru. Sebarang pertanyaan sila berjumpa kaunselor secepat mungkin. Semoga berjaya
Tuesday, October 5, 2010
PEPERIKSAAN PMR 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)


