PLEASE SIGN THIS GUESTBOOK

Thursday, December 16, 2010

KEPUTUSAN PMR 2010

15/12/2010 8:40pm

KUALA LUMPUR 15 Dis. — Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.

Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari yang sama mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - Bernama

Kepada calon PMR yg ingin membuat rayuan ke sek men teknik digalakkan terus berjumpa kaunselor sejurus selepas mengambil keputusan PMR untuk proses rayuan

Wednesday, December 1, 2010

KEMASUKAN KE SEK. TEKNIK & VOKASIONAL SESI 2011

Seperti maklum kemasukan ke sekolah teknik telah dibuka. Klik capaian dibawah untuk keputusan kemasukan...Kepada yang berjaya diucapkan TAHNIAH...

PENEMPATAN SMT/V

Kepada pelajar yang berjaya sila maklumkan penerimaan dengan klik ya dan hantar.Cetak surat tawaran beserta borang yang dilampirkan.Lengkapkan borang dan uruskan pertukaran sekolah. Yang tidak dapat asrama sila hubungi sekolah berkenaan dan buat rayuan memohon tinggal di asrama...Sebarang kesulitan sila berjumpa dengan guru bimbingan & kaunseling.Untuk rayuan kena tunggu keputusan PMR keluar dahulu baru boleh buat rayuan.

Thursday, November 18, 2010

KEMASUKAN KE IPTA,TEVT & ILK LEPASAN SPM 2010

Kepada calon SPM 2010

PERHATIAN :
  • Mulai tahun 2011 selain kemasukan ke IPTA, pelajar lepasan SPM yang berminat dengan program pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional serta Kemahiran di Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) hendaklah mengisi borang permohonan yang disediakan;

  • Sila baca dengan teliti syarat-syarat dan panduan permohonan sebelum mengemukakan permohonan;

  • Pemohon Lepasan SPM/Setaraf yang telah mengemukakan permohonan pada Fasa 1 WAJIB mengesahkan permohonan dengan menggunakan No. Unik ID pada Fasa 2 mulai 10 JANUARI 2011 hingga 4 APRIL 2011;

  • Pemohon yang TIDAK mengemukakan permohonan Fasa 2, TIDAK akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan ke IPTA, TEVT dan ILKA;

  • Hanya satu (1) permohonan dan tiga (3) kali pengemaskinian dibenarkan sehingga tarikh tutup permohonan;

  • No. Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan bertujuan jika terdapat kesilapan No. Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan SPM;

  • Kata & Nama Ibu ini dimasukkan oleh pemohon untuk tujuan pengemaskinian maklumLaluan at;

  • Kata Laluan & Nama Ibu perlulah ringkas, dirahsiakan dan sentiasa diingati;
  • Isi dengan teliti. Jika sebarang masalah hubungi Unit Kaunseling SMKTM menggunakan email / shout box


E-BORANG PERMOHONAN KE IPTA,TEVT & ILK




KEPADA CALON SPM SMKTM DIDOAKAN SEMOGA BERJAYA & MENDAPAT KEPUTUSAN TERBAIK DALAM PEPERIKSAAN SPM...
BERJUANGLAH UNTUK MASA DEPAN YANG CERAH


Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA

SALAM AIDILADHA BUAT SEMUA WARGA SMK TAMAN MOLEK... SEMOGA AIDILADHA INI PENUH DENGAN KEBERKATAN

Thursday, November 4, 2010

HAPPT DEEPAVALI


Selamat Hari Deepavali & Selamat Bercuti

Friday, October 15, 2010

KEMASUKAN KE SEK. TEKNIK & VOKASIONAL

Selepas sesi penerangan kemasukan ke sek teknik & vokasional, bilik kaunseling SMKTM dihujani dengan pelajar yang berminat. Disini dipaparkan link untuk permohonan tersebut.

SEK TEKNIK & VOKASIONAL

Klik link diatas dan isi seperti yang diarahkan. Diharap pelajar yang telah mengisi secara persendirian menghantar salinan ke bilik kaunseling untuk rujukan guru. Sebarang pertanyaan sila berjumpa kaunselor secepat mungkin. Semoga berjaya

Tuesday, October 5, 2010

PEPERIKSAAN PMR 2010


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR .
UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING MENDOAKAN AGAR PELAJAR SMK TAMAN MOLEK BERJAYA MENJAWAB DENGAN TENANG DAN BAIK SERTA BEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG NANTI.

SEMUA "A" MACAM SUSAH TAPI TAK MUSTAHIL

Thursday, September 23, 2010

KEMASUKAN KE SEK. BERASRAMA PENUH (SBP) BAGI TING 4 SESI 2011

Perhatian kepada pelajar Tingkatan 3 yang bakal menduduki peperiksaan PMR, kepada yang berminat meneruskan pengajian tingkatan 4 ke sekolah berasrama penuh boleh berjumpa dengan mana-mana guru bimbingan dan kaunseling untuk maklumat lanjut ataupun sebarang pertanyaan. Kepada yang berminat boleh melayari laman web dibawah :

KEMASUKAN KE SBP 2011


Tarikh akhir permohonan peringkat sekolah adalah pada 10 Oktober 2010. Kepada yang memohon sendiri sila cetak dan hantar ke bilik kauseling untuk pengesahan pengetua. Sila lampirkan bersama salinan kad pengenalan,sijil ko-kurikulum,slip peperiksaan dan penyata pendapatan ibu/bapa.

Tuesday, September 7, 2010

SALAM LEBARAN


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SEMUA.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tuesday, August 31, 2010

SALAM KEMERDEKAAN



Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia ke 53.
1 Malaysia Menjana Transformasi

Sunday, August 29, 2010

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2010

Bagi meyemarakkan lagi bulan Ramadhan, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTM dengan kerjasama Panitia Agama Islam serta Kelab Guru (KEBIRU) akan mengadakan edaran bubur lambuk percuma kepada semua pelajar SMKTM mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 30 OGOS 2010 (Isnin)
Masa : SelepasSolat Asar (4.45 petang)
Tempat : Ruangan Foyer SMKTM
Pakaian : Pakaian seragam / T-shirt sekolah

Semua pelajar dijemput mengambil bubur lambuk untuk berbuka bersama keluarga. Bersama-sama kita menyemarakkan lagi bulan Ramadhan ini iaitu bulan yang penuh keberkatan.

PROGRAM AMANAT BERSAMA PENTADBIR

Sepanjang minggu ini dari 23 hingga 27 Ogos pelajar tingkatan 3 telah menjalani program amanat bersama tuan pengetua. Ini bertujuan untuk memberi kata perang sang dan dorongan akhir sebelum pelajar tingkatan 3 menduduki peperiksaan PMR. Diharap pelajar tingkatan 3 yang terlibat mengambil iktibar dan semangat diatas kata-kata pihak pentadbir SMKTM iaitu En K.Tamilvanthan selaku Pengetua dan Puan Maimunah Hassan selaku PK 1. Didoakan semoga suksess dalam peperiksaan PMR yang mendatang.

Thursday, August 19, 2010

TAWARAN MEMASUKI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTD) yang berpengkalan di Sg Besi,Kuala Lumpur telah membuka pengambilan pelajar bagi kemasukan Tingkatan 4 bagi sesi 2011.


Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia.
b. Jantina – Lelaki.
c. Tinggi Minimum - 152 sm.
d. Berat Minimum - 40.5 kg.
e. Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
f. Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna.
h. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit
i. Mendapat sekurangnya4A 2B dalam peperiksaan percubaan PMR
j. Keutamaan diberi kepada calon yang aktif dalam ko-kurikulum

Sekiranya calon PMR SMKTM berminat boleh mendapat borang permohonan dari Bilik Kaunseling

SELAMAT DATANG

Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Taman Molek mengucapkan "SELAMAT BERTUGAS" kepada En. Lim Seo Peng PK Hal Ehwal Murid yang baru.Diharap kehadiran beliau akan memantapkan lagi disiplin dan sahsiah pelajar SMK Taman Molek.

Friday, August 13, 2010

MAJLIS PERPISAHAN GPK HEM 2010


Pada 13 Ogos 2010, majlis perpisahan bagi meraikan perpindahan Pn K.Sarojah, PK Hal Ehwal Murid SMK Taman Molek, telah berjalan dengan lancar.Pn K.Sarojah akan berpindah ke SMK Permas Jaya 2. Diharap beliau akan lebih berjaya di sekolah yang baru... Kami warga UBK SMKTM mengucapkan setinggi terima kasih diatas khidmat yang telah beliau sampaikan sepanjang bertugas di SMKTM...Semoga beliau akan lebih terus berjaya dimasa akan datang...THANK YOU PN K.SAROJAH...JASAMU DIKENANG...






Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Ahlan Wahsahlan.... Selamat Datang Ya Ramadhan.... Bersyukur panjang umur kita berjumpa lagi.

Kepada pelajar-pelajar SMK Taman Molek Yang disayangi Marilah kita bersama-sama kuatkan hati dan tingkatkanlah iman untuk menjalani ibadah puasa. Mudah-mudahan kehadiran ramadhan pada tahun ini dapat membentuk kita menjadi manusia yang baik dan menjadi yang insan cemerlang di dunia dan diakhirat.. amin..

Saturday, August 7, 2010

PERMOHONAN MATRIKULASI 2010/2011

Kepada pelajar Tingkatan 5 yang telah membeli no matrik, sila isikan permohonan anda sebelum 1 Oktober 2010 menggunakan no pin yang telah diberi. Sebarang pertanyaan atau kesukaran boleh berjumpa dengan guru bimbingan & kaunseling SMKTM. Kepada pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di bilik UBK SMKTM, hanya dibenarkan pada waktu rehat dan selepas tamat sesi persekolahan sebelum jam 2.00 petang. Diharap dengan mengisi permohonan ini pelajar akan lebih fokus dan lebih bermatlamat untuk berjaya dalam SPM 2010. Pihak UBK SMKTM mendoakan pencapaian yang cemerlang untuk semua pelajar tingkatan 5

KEM KEJIRANAN LESTARI PUTERA&PUTERIKU SAYANG





Pada 2 hingga 5 Ogos 2010 seramai 100 orang puteri dan 100 orang putera SMK Taman Molek telah berkampung di Tiram Indah Village bagi mencari kesedaran diri agar menjadi pelajar yang cemerlang.Diharap kembalinya putera & puteri ini akan menjadi titik tolak agar warga SMKTM menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.Harapan kami UBK SMKTM agar putera & puteri ini menjadi modal insan yang sempurna bagi membina negara.

KARNIVAL ANTI DADAH DAERAH PASIR GUDANG 2010


Pada 31 Julai 2010, bertempat di SK Kota Masai 2 telah berlangsung Karnival antidadah daerah Pasir Gudang.SMK Taman Molek telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan.Berikut adalah pencapaian pelajar SMK Taman Molek.

E-PPDa - Tempat ketiga
Sajak Dadah - Tempat keempat
Melukis Poster - Saguhati
Pidato - Saguhati

Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya kita cuba lagi pada tahun hadapan. SMKTM BOLEH !!!

Thursday, July 22, 2010

SEMAKAN PLKN BAGI SIRI 8/2011


Ramai pelajar telah datang ke bilik kaunseling untuk menyemak terus bagi kemasukan PLKN siri 8/2011.Dibawah ini diberikan link ke website PLKN. Cuma masukan no k/p sahaja dan dapat keputusannya, TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA TERPILIH...BERBAKTI UNTUK AGAMA,BANGSA & NEGARA

SEMAKAN PLKN SIRI 8/2011

Wednesday, July 21, 2010

KEM JATIDIRI DAERAH PASIR GUDANG 2010


Pada 14 hingga 16 Julai bertempat di Tiram Indah Village, seramai 3 orang peserta telah tepilih mewakili sekolah ke Kem Jati Diri Daerah Pasir Gudang. Pengisian yang membina telah dapat membantu peserta ke arah jatidiri yang lebih baik.Semoga perubahan ini kekal hendaknya.

Tuesday, July 13, 2010

Program Pengawas Muda 2010





Pada Sabtu 10 Julai 2010, Unit pengawas sesi petang dengan kerjasama UBK telah menganjurkan program pengawas muda khusus bagi pengawassesi petang.Program lebih bersifat LDK dan telah berjalan dengan jayanya.Jutaan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dengan program tersebut.

Hari Ko-Kurikulum SMKTM 2010






Sabtu-10 Julai 2010.Buat julung-julung kalinya SMK Taman Molek menganjurkan Hari Ko-kurikulum.Banyak pihak yang terlibat terutama guru-guru yang menguruskan unit beruniform dan kelab-kelab.Sambutan begitu menggalakkan dan diharap ianya akan menjadi acara tahunan..Semoga kejayaan hari ini akan mendapat kebaikan dihari mendatang.Tahniah kepada semua warga kerja SMKTM.

Monday, July 12, 2010

Motivasi SPM 2010



Pada 7 Julai yang lalu, UBK SMKTM telah menganjurkan program motivasi SPM untuk semua pelajar ting 5..Ia dikendalikan oleh Abang Zul dari Vision Consultant..Program ini dilihat mampu memberi celik akal kepada pelajar betapa pentingnya peperiksaan SPM.. Diharap ia dapat dibuktikan dengan peperiksaan percubaan yang hampir tiba.. semoga semuanya success...

Tuesday, July 6, 2010

Bengkel Kecemerlangan Akademik 2010


Sepanjang bulan Julai UBK SMKTM akan menjalankan teknik menjawab PMR&SPM kepada semua pelajar ting 3&5. Diharap dengan adanya program ini para pelajar akan lebih bersedia dan bakal memdapat keputusan cemerlang dalam PMR & SPM.Semoga input yang disampaikan oleh penceramah mendapat penghayatan sepenuhnya dari para pelajar dan guru.

Thursday, July 1, 2010

LAWATAN KE PAMERAN KERJAYA


Pada 30 Jun 2010 bertempat di SMKA Johor Bahru, telah berlangsung Pameran Kerjaya anjuran bersama MGKK Daerah Pasir Gudang dan Phak PPD Pasir Gudang. UBK SMKTM telah menghantar 30 orang pelajar dari kelas 5S3 untuk menyertai lawatan tersebut. Semoga ia bermanafaat untuk semua

Saturday, June 26, 2010

TAHNIAH !!!

Tahniah diucapkan kepada guru bimbingan & kaunseling SMK Taman Molek iaitu Puan Serene Teoh yang telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada hari ini. Pihak UBK mengucapkan tahniah dan cepat sembuh kepada Puan Serene Teoh.

Sunday, June 20, 2010

Hari Bapa


Selamat Hari Bapa istimewa buat bapa-bapa didunia...Berusahalah menjadi pemimpin & ketua keluarga yang berdedikasi dan dikasihi

Saturday, June 5, 2010

Selamat Bercuti


HAPPY HOLIDAY kepada semua warga SMK Taman Molek. Gunakan masa cuti secara berfaedah..Kepada rakan guru yang bakal menduduki peperiksaan PTK didoakan semoga berjaya...Kepada para pelajar, jaga keselamatan dan gunakan masa terluang untuk persediaan SPM & PMR...

Wednesday, June 2, 2010

Semakan Program Matrikulasi 2 Tahun.


Kepada bekas pelajar SMKTM yang masih menaruh harapan untuk kemasukan ke Matrikulasi melalui program 2 tahun boleh menyemak kemasukan melalui sesawang berikut bermula 3 Jun 2010

SEMAKAN PROGRAM MATRIKULASI 2 TAHUN (PDT)

Tahniah kepada yang berjaya.Sebarang pertanyaan boleh kemukakan atau berjumpa sendiri dengan guru bimbingan & kaunseling.

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN GURU.
TERUSKAN PERJUANGANMU.....
YANG TUA DIHORMATI YANG MUDA DIKASIHI

Wednesday, May 12, 2010

Lawatan Ke Politeknik Johor Bahru








11 Mei 2010- Seramai 20 orang pelajar dari tingkatan 4GB telah mengikuti lawatan ke Politeknik. Lawatan ini merupakan anjuran UBK SMKTM sempena pameran jurusan graphic design oleh pelajar Politeknik Johor Bahru. Ia memberi gambaran kerjaya berkenaan subjek grafik berkomputer kepada para pelajar 4GB.

Tuesday, May 11, 2010

Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar 2010

















10 Mei 2010. Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar SMK Taman Molek telah selamat disempurnakan. Tahniah kepada semua pemimpin pelajar.Jalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. Jutaan terima kasih kepada En. Jumat Jaafar,YDP PIBG di atas kehadiran memeriahkan lagi majlis ini. Pihak UBK SMKTM mengucapkan setinggi penghargaan kepada guru-guru yang terlibat melicinkan majlis ini. TAHNIAH SEMUA !!!

Monday, May 10, 2010

Program Sahabat PPDa Petronas


8 Mei 2010-Pasir Gudang. Seramai 6 orang pelajar telah terpilih mengikuti program Sahabat PPDa Petronas Peringkat Negeri Johor, terdiri daripada 4 orang fasilitator pelajar iaitu Prana, Bryan, Loshene & Syahidah manakala 2 orang pelajar iaitu Haikal & Hishamudin sebagai peserta program. Pihak UBK SMKTM mengucap setinggi penghargaan di atas komitmen pelajar dalam menjayakan program tersebut. Program sehari anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Petronas dilihat memberikan manafaat yang berguna untuk merealsasikan wawasan negara iaitu "SEKOLAH BEBAS DADAH 2012"

We Are The Champion



TAHNIAH !!! CHELSEA JUARA EPL 2010

Sunday, May 9, 2010

Kemasukan ke Politeknik

Untuk makluman semua semakan tawaran melanjutkan pelajaran ke politeknik telah keluar.Sila layari

http://www.politeknik.edu.my/keputusanpermohonan/umum/Carian.asp

TAHNIAH kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke politeknik... Didoakan semoga berjaya hingga ke peringkat tertinggi...

Thursday, May 6, 2010

tawaran ke tingkatan 6 & matrikulasi

Pelajarku....TAHNIAH!!! kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke ting6 & matrikulasi..teruskan usaha hingga ke menara gading. untuk semakan ting 6 layari

http://apps.emoe.gov.my/form6/semakan2010/index.cfm

kepada pelajar yang ingin membuat rayuan sila berjumpa kaunselor.
rayuan boleh dibuat bermula 17 mei hingga 30 mei