PLEASE SIGN THIS GUESTBOOK

Wednesday, September 5, 2012

PERMOHONAN KE MAKTAB TENTERA DIRAJA SESI 2012/2013


Murid Tingkatan 3 telah pun melalui Peperiksaan Percubaan PMR. Pengambilan Ke Maktab Tentera Diraja adalah berdasarkan keputusan Percubaan PMR.



Semoga berjaya ^_^

Monday, August 6, 2012

Permohonan Kemasukan ke UiTM Semester 2 2012/2013

Untuk makluman semua, permohonan online kemasukan pengambilan sesi akademik 2 2012/2013 akan dibuka bermula 2 Julai 2012 sehingga 26 Ogos 2012. Sila rujuk pautan di bawah untuk maklumat lanjut :

http://online.uitm.edu.my/

PERMOHONAN KEMASUKAN KE MATRIKULASI SESI 2013/2014

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia sesi 2013/2014 telah dibuka mulai 1 Julai 2012 sehingga 10 Oktober 2012. Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di 03-88844083 atau layari laman sesawang:

http://www.moe.gov.my/ 


atau 

http://www.moe.gov.my/bmkpm

Monday, May 7, 2012

SEMAKAN KEMASUKAN KE IPTA & POLITEKNIK PRIMIER 2012

TAHNIAH kepada pelajar yang berjaya...Yang kurang berjaya berdoalah untuk kemasukan ke TEVT/ILK..Sila klik pautan dibawah untuk semakan.





Wednesday, April 25, 2012

TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE TINGKATAN 6

Tahniah kepada pelajar yang berjaya...Untuk mengetahui permohonan sila klik laman sesawang dibawah. yang ingin mengemukakan rayuan, sila jumpa dengan guru bimbingan & kaunseling dengan kadar segera.

TAWARAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE MATRIKULASI

Tahniah kepada pelajar yang berjaya...untuk semakan sila klik laman sesawang dibawah.

Monday, April 16, 2012

TAWARAN BIASISWA TERKINI JPA 2012

Tawaran melanjutkan pelajaran di Jerman / Perancis / Jepun / Korea dalam bidang kejuruteraan dibawah tajaan JPA

Tarikh permohonan : 16 - 22 April 2012 (TINDAKAN SEGERA)
Syarat permohonan : 6A- keatas (bergantung pada program)

Friday, March 23, 2012

FORMAT BARU TINGKATAN 6

  • Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan bahawa suatu sistem penilaian baru akan dilaksanakan bagi peperiksaan STPM mulai tahun ini.
  • Pelajar akan dinilai dengan peperiksaan dan kerja kursus.
  • Akan ada 3 jenis kerja kursus- projek atau tugasan, kerja makmal dan kajian lapangan.
  • Pelajar akan menduduki 3 peperiksaan, dimulakan dengan Tingkatan 6 rendah. Tempoh STPM masih kekal seperti dahulu.
  • Penilaian kerja kursus akan dijalankan oleh guru matapelajaran di sekolah sementara penilaian penuh akan dijalankan oleh MPM.
  • Pencapaian pelajar akan dinilai setiap semester dan keputusan peperiksaan juga akan diumumkan setiap semester. Keseluruhan keputusan STPM akan dikumpulkan berdasarkan jumlah dari 3 semester.
  • Satu daripada kelebihan sistem baru ini adalah, pelajar akan dapat mengulangi peperiksaan pertama dan/atau kedua dalam semester ketiga. Pelajar juga dapat mengulangi peperiksaan semester ketiga selepas keputusan diumumkan.

Tuesday, March 20, 2012

KARNIVAL JOM MASUK U

Jom datang beramai-ramai. Banyak info yang boleh kita dapat.

TAWARAN BIASISWA UNTUK LEPASAN SPM

Berikut adalah link untuk permohonan biasiswa. Info akan dikemaskini dari masa ke semasa.








PELUANG BELAJAR SELEPAS SPM

Dibawah ini disertakan link untuk peluang melanjutkan pelajaran selepas SPM. Semua link dibawah ini adalah untuk kemasukan IPT dibawah kerajaan dan MARA.









Info ini akan dikemaskini dari masa ke semasa

Tuesday, February 21, 2012

PERMATA PINTAR NEGARA 2012

Perhatian kepada pelajar SMKTM yg berumur dibawah 15 tahun. Ujian Permata Pintar UKM telah bermula dari 1 Februari hingga 30 April. Kepada yang berminat sila klik ruangan dibawah :-

Kepada yang telah menjawab sila cetak dan serahkan borang pengesahan ujian kepada Unt Kaunseling SMKTM..Semoga Berjaya.

PERTANDINGAN SEMPENA MINGGU ANTI DADAH & ANTI ROKOK SMKTM 2012



Wednesday, February 1, 2012

PEMBERITAHUAN KEMASKINI BORANG PERMOHONAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2012/2013

Bahagian Matrikulasi KPM akan membuka kemaskini permohonan matrikulasi sesi 2012/2013 mulai 6 Februari 2012 hingga 20 Februari 2012. Pelajar SPM 2011 yg telah memohon diminta mengemaskini permohonan di laman sesawang dibawah :
Untuk mengemaskini pelajar hanya perlu memasukan no k/p atau angka giliran SPM sahaja.

Tuesday, January 31, 2012

TARIKH PEPERIKSAAN AWAM 2012


Kepada pelajar tingkatan 3 dan 5 sila ambil perhatian tentang tarikh PMR dan SPM untuk para pelajar merancang strategi bagi menghadapi peperiksaan...sebarang kemusykilan berjumpalah kaunselor anda.Kami akan membantu anda

Sunday, January 22, 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SEMUA YANG MERAIKANNYA...SEMOGA CERIA DISAMPING KELUARGA TERCINTA

Wednesday, January 18, 2012

KEMASUKAN KE ASRAMA 1 MALAYSIA 2012

Kepada pelajar lelaki tingkatan 1 tahun 2012 yang berminat untuk memohon kemasukan ke Asrama 1 Malaysia, sila berjumpa dengan guru bimbingan dan kaunseling untuk membuat permohonan. Syarat kemasukan :
  • Terbuka kepada semua kaum warganegara Malaysia
  • Permohon mestilah lelaki
  • keputusan UPSR 2011 (5A/7A)
  • Pendapatan keluarga tahap rendah/sederhana
  • Aktif dalam ko-kurikulum

Sekolah penempatan bagi Program Arama 1 Malaysia adalah:-

  1. SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR
  2. SMK METHODIST, KUALA LUMPUR
  3. SMK ST JOHN, KUALA LUMPUR

Tarikh tutup permohonan sebelum 27 JANUARI 2012

Monday, January 9, 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/POLITEKNIK/ILK 2012

Permohonan untuk program asasi, diploma dan sijil di IPTA/POLITEKNIK/ILK telah dibuka. Tempoh permohonan bermula 9 Januari 2012 hingga 2 April 2012. Sila gunakan no pin yang telah dibeli. Pilihlah jurusan yang diminati berdasarkan pencapaian SPM. Semoga Berjaya.