PLEASE SIGN THIS GUESTBOOK

Monday, May 30, 2011

TAWARAN BELAJAR DI UNIKL

Salam kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di UNIKL boleh mula layari laman web berikut. Permohonan ini adalah untuk kemasukan bulan Julai... jangan lepaskan peluang... Sebarang pertanyaan sila berjumpa dengan cikgu

UNIKL

Kepada pelajar yang tidak mendapat tawaran belajar dari mana2 ipta/politeknik...sila berjumpa cikgu untuk cadangan ke IPTS

Sunday, May 22, 2011

SEMAKAN PERMOHONAN TEVT & ILKA 2011

Yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kemasukan ke politeknik,ILP,IKM IKBN dan banyak lagi pusat ILKA. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Kepada yang berjaya digalakkan berjumpa kaunselor SMKTM untuk maklumat jejak kerjaya SMKTM.

SEMAKAN KE TEVT & ILKA

SEMAKAN KE POLITEKNIK

Untuk rayuan ke politeknik sila kemukaakan secara online pada sesawang yang dinyatakan. Permohonan rayuan adalah untuk 2 minggu sahaja.

Thursday, May 19, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PERGURUAN LEPASAN SPM (KPLSPM)

Semakan kepada mereka yang telah memohon. Tahniah kepada yang berjaya... Semoga menjadi pendidik yang berketrampilan sejajar dengan arus metropitan yang semkin mencabar.

SEMAKAN KPLSPM

pada 22/5/2011 Dijangka keputusan kemasukan ke politeknik,TEVT dan ILK dijangka keluar. Harap bersabar.

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU


Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA PENDIDIK

"GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Friday, May 6, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN UPU/IPTA 2011

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka selepas pukul 12 tengahari pada 6 Mei 2011.

Semakan Keputusan UPU

Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei 2011.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.
  • Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA yang sama mulai 7 Mei 2011. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi melalui surat tawaran ini.

Pendaftaran

(kami tidak dapat pastikan tarikh-tarikh pendaftaran ini, harap ada pembaca ePutra boleh mengesahkannya)

  • Program Diploma – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA adalah 4 dan 5 Jun 2011.
  • Program Asasi – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke Pusat Asasi IPTA adalah 22 Mei 2011. Sila rujuk Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA untuk maklumat pembiayaan belajar.

Rayuan UPU

  • Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Calon gagal mendapat tawaran ke IPTA tetapi berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi KPM masih boleh mengemukakan permohonan rayuan tetapi semasa proses back-end calon yang telah berdaftar dengan Kolej Matrikulasi KPM diselaraskan dan tidak akan dipertimbangkan dalam proses rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 16 Mei 2011.
  • Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.


credit : e-putra.com

Wednesday, May 4, 2011

RAYUAN KE TINGKATAN 6

Kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran sila uruskan kemasukan anda ke tingkatan 6. Tarikh pendaftaran tingkatan 6 adalah pada 9 Mei 2011. Bagi aliran sains sekolah yang ditawarkan adalah SMK Permas Jaya dan bagi aliran kemanusiaan adalah SMK Johor Jaya 1. Bagi yang ingin mengemukakan rayuan sila berjumpa dengan guru kaunseling sebelum 16 Mei 2011. Syarat rayuan :
1) Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu
2) Mendapat 2 kepujian lain dalam apa jua matapelajaran
3) Bawa bersama salinan keputusan SPM 2010, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan
salinan sijil ko-kurikulum.

Kepada permohonan IPTA, TEVT dan ILK pelajar hendaklah peka kerana tawaran akan dikeluarkan sepanjang bulan MEI. JANGAN tunggu tawaran sampai kerumh tetapi sila semak di internet.

Monday, May 2, 2011

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 6

Tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 telah keluar. Sila semak melalui laman sesawang dibawah. Yang berjaya diucapkan tahniah...Kepada yang tidak berjaya untuk membuat rayuan sila berjumpa dengan guru bimbingan & kaunseling. Yang berjaya sila cetak sendiri surat tawaran dan buat seperti yang diarahkan. Tarikh mendaftar ke tingkatan 6 adalah pada 9 Mei 2011.