PLEASE SIGN THIS GUESTBOOK

Saturday, December 31, 2011

TAWARAN KE SEK TEKNIK & VOKASIONAL

Kepada pelajar yang telah memohon ke sekolah teknik dan vokasional bagi tahun 2012 sila klik link dibawah untuk semakan...TAHNIAH kepada yang berjaya


Semoga tahun 2012 menjanjikan transformasi diri yang lebih baik kepada semua.

Wednesday, November 16, 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/POLITEKNIK/ILK 2012

Kepada para pelajar SPM SMKTM yang telah membeli no pin UPU untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik, dan Institut Latihan Kemahiran (ILK) boleh mula mengisi butiran peribadi melalui Fasa 1 bermula 15/11/2011 sehingga 31/12/2011... Sebarang kemuskilan sila berjumpa kaunselor anda..Kami sudi membantu...




TARIKH PENTING PELAJAR SPM 2011


Diharap para pelajar tingkatan 5 peka dan perihatin untuk halatuju anda selepas SPM... Sebarang kemuskilan silalah berjumpa kaunselor anda....Semoga berjaya dalam SPM dengan cemerlang.

Sunday, November 13, 2011

SEMOGA BERJAYA

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK TAMAN MOLEK MENDOAKAN AGAR CALON SPM 2011 BEROLEH KETENANGAN DAN BERJAYA MENJAWAB SOALAN SPM DENGAN CEMERLANG.

Friday, September 30, 2011

SEMOGA BERJAYA



Kepada calon PMR SMKTM diucapkan semoga berjaya. Buat yang terbaik dalam peperiksaan PMR. Usaha!Anda pasti berjaya

Monday, September 5, 2011

KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH


PERMOHONAN KE SBP (klik disini)

Kepada pelajar yang berminat melanjutkan pelajaran sila kemukakan permohonan melalui Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Taman Molek


PILIHAN ALIRAN
- Sila Nyatakan Pilihan Aliran Pemohon

Aliran Pakej Mata Pelajaran
Sains Tulen Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia, Biologi,
Matematik Tambahan, EST (pilihan)
Sains Tulen (Agama )

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi,Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,
Pengajian Syariah.

Agama Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Sains,Bahasa Arab Tinggi, Pend. Al-Quran & Sunnah,Pengajian Syariah, Prinsip Perakaunan,
Ekonomi Asas, Matematik Tambahan
Sains Teknikal Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik,
Sejarah, Pend. Islam/Moral, Fizik, Kimia,
Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan,
EST (pilihan).

KEMASUKAN KE SEKOLAH TEKNIK & VOKASIONAL 2011/2012

PERMOHONAN KE SMT/SMV (klik disini)

Pelajar digalakkan memohon melalui Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Taman Molek


KURSUS YANG DITAWARKAN :-

ALIRAN TEKNIKAL
1. Kejuruteraan Mekanikal
2. Kejuruteraan Awam
3. Kejuruteraan Elektrik
4. Pertanian (Agro Teknologi)
5. Perdagangan
6. ERT (Pengurusan Makanan)
7. ERT (Pengajian Pakaian)
ALIRAN VOKASIONAL
A. KETUKANGAN
1. Elektrik dan Elektronik
2. Amalan Bengkel Mesin
3. Kimpalan
4. Automotif
5. Binaan Bangunan
6. Penyejukan & Penyaman Udara
B. ERT / HOSPITALITI
1. Seni Kulinari
2. Fashion & Dress Making
3. Seni Kecantikan
4. Perkembangan dan Perkhidmatan Kanak-kanak
5. Bakeri
6. Pelancongan
C. PERDAGANGAN
1. Pengurusan Perniagaan
2. Pengurusan Teknologi Pejabat
D. ICT
1. Pengaturcaraan Komputer
E. AGROTEK
1. Hortikultur Hiasan & Landskap
2. Teknologi Tanaman
3. Agroindustri Tanaman
4. Agroindustri Ternakan
ALIRAN KEMAHIRAN
A. KETUKANGAN
1. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara Domestik
2. Juruteknik Elektrik Rendah
3. Mekanik Teknologi Elektronik Radio & Video
4. Pemesin Am
5. Jurukimpal Arka Logam Berperisai (Keluli Karbon)
6. Mekanik Kenderaan Motor
7. Pelukis Pelan Mekanikal
8. Pembuat Perabut
9. Jurubina Bangunan
10. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
11. Jurukerja Paip
12. Pelukis Pelan Senibina
13. Juruteknik Rendah Elektronik Industri-Peralatan
14. Equine
B. ERT / HOSPITALITI / PELANCONGAN
1. Pembuat Pakaian Wanita
2. Pembantu Penyedia Makanan
3. Jurukecantikan
4. Pendandan Rambut Muda
C. ICT
1. Juruteknik Audio & Visual
D. AGROTEK
1. Juruteknik Rendah Akuakultur
2. Pekerja Ladang Pertanian
3. Pemprosesan Makanan

Sunday, August 28, 2011

MERDEKA RAYA


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
DAN
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 54

Tuesday, July 5, 2011

KEMASUKAN KE MATRIKULASI 2012/2013

1) BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan bidang pengkhususan berikut:-
1 Jurusan Sains (Kod M001)
2 Jurusan Perakaunan (Kod M003)
3Aliran Teknikal (Kod M007) (Pelajar SMKTM tidak layak memohon )


Tarikh tutup pembelian no pin melalui UBK SMKTM adalah sebelum 15 Julai 2011. Tarikh tutup permohonan matrikulasi adalah pada 10 OKtober 2011...Permohonan dilakukan oleh pelajar sendiri

PERTANDINGAN ANTI DADAH PERINGKAT NEGERI JOHOR 2011

Kepada para pelajar SMKTM yang berminat menyertai pertandingan anti dadah peringkat negeri Johor boleh berjumpa dengan mana-mana kaunselor untuk maklumat lanjut... Acara yang dipertandingkan :-
1) menulis esei
2) melukis poster
3) buku skrap

Tema : 1 Malaysia membanteras dadah / sekolah bebas dadah 2012

Digalakkan semua pelajar menyertai untuk mendapat 14 markah ko-kurikulum. Semoga berjaya

Tuesday, June 28, 2011

SEMINAR RAHSIA SKOR A

Kepada para pelajar smktm yang berminat mengikuti seminar rahsia skor A bersama pakar memori Dr Osman B Affan sila berjumpa dengan kaunselor anda dengan kadar segera.

tarikh : 10 julai 2011
hari : ahad
masa : 9.00 pg - 5.00 ptg
tempat : UTM johor
yuran : RM 65.00

tiada paksaan tetapi digalakkan untuk masa depan.pastikan mendapat kebenaran ibubapa terlebih dahulu. tarikh tutup penyertaan 6 julai 2011

Tuesday, June 21, 2011

LAWATAN KE BERJAYA UNIVERSITY COLLEGE KUALA LUMPUR

Cadangan Tarikh : 10 September 2011
Bayaran : RM 30 seorang RM 50 bersama ibubapa (2 org)
Pengisian : Tawaran belajar di Berjaya University College (bidang hospitaliti)
Tarikh tutup permohonan : 27 Jun 2011

Kepada pelajar tingkatan 5 dan bekas pelajar digalakkan turut serta kerana Berjaya University College satu-satunya IPT yang memberi jaminan 100% peluang kerja selepas tamat pengajian

Thursday, June 9, 2011

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA

Terbuka untuk semua pelajar seantero Malaysia

"Bayangkan anda seorang pejuang kemerdekaan Malaysia. Tulis sepucuk surat yang menceritakan pengalaman dan harapan anda kepada rakyat malaysia."

Tarikh tutup penyertaan : 30 JUN 2011


Hadiah menarik menanti pemenang. Jangan lepaskan peluang. Asah bakat menulis yang terpendam. Semoga Berjaya

Wednesday, June 1, 2011

PENGAMBILAN UNTUK KOLEJ POLY-TECH MARA AMBILAN JULAI 2011

Kepada bekas pelajar calon SPM 2011 ada berita baik kepada yang masih belum mendapat tawaran belajar. Disini Kolej Polytech MARA (KPTM) ada membuat penawaran untuk kemasukan bulan Julai 2011. Bidang yang ditawarkan :-
  1. Sains komputer dan teknologi maklumat
  2. Perniagaan dan perakaunan
  3. Profesional
  4. Sains dan Sains Kesihatan
  5. Kejuruteraan
  6. Sains sosial dan kemanusiaan
Mohon segera secara online di www.kptm.edu.my

Bertindaklah sekarang.Sebarang pertanyaan sila berjumpa kaunselor anda atau email kepada UBK SMKTM

Monday, May 30, 2011

TAWARAN BELAJAR DI UNIKL

Salam kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di UNIKL boleh mula layari laman web berikut. Permohonan ini adalah untuk kemasukan bulan Julai... jangan lepaskan peluang... Sebarang pertanyaan sila berjumpa dengan cikgu

UNIKL

Kepada pelajar yang tidak mendapat tawaran belajar dari mana2 ipta/politeknik...sila berjumpa cikgu untuk cadangan ke IPTS

Sunday, May 22, 2011

SEMAKAN PERMOHONAN TEVT & ILKA 2011

Yang ditunggu-tunggu telah tiba. Kemasukan ke politeknik,ILP,IKM IKBN dan banyak lagi pusat ILKA. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Kepada yang berjaya digalakkan berjumpa kaunselor SMKTM untuk maklumat jejak kerjaya SMKTM.

SEMAKAN KE TEVT & ILKA

SEMAKAN KE POLITEKNIK

Untuk rayuan ke politeknik sila kemukaakan secara online pada sesawang yang dinyatakan. Permohonan rayuan adalah untuk 2 minggu sahaja.

Thursday, May 19, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PERGURUAN LEPASAN SPM (KPLSPM)

Semakan kepada mereka yang telah memohon. Tahniah kepada yang berjaya... Semoga menjadi pendidik yang berketrampilan sejajar dengan arus metropitan yang semkin mencabar.

SEMAKAN KPLSPM

pada 22/5/2011 Dijangka keputusan kemasukan ke politeknik,TEVT dan ILK dijangka keluar. Harap bersabar.

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU


Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA PENDIDIK

"GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Friday, May 6, 2011

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN UPU/IPTA 2011

Para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2011/2012 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka selepas pukul 12 tengahari pada 6 Mei 2011.

Semakan Keputusan UPU

Semakan keputusan permohonan ke IPTA ini boleh dibuat melalui;

Penerimaan Tawaran

  • Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei 2011.
  • Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan. Sila rujuk Senarai IPTA dan klik pada Semakan Permohonan.
  • Calon yang berjaya boleh mencetak surat tawaran melalui laman web IPTA yang sama mulai 7 Mei 2011. Maklumat lebih terperinci akan diperolehi melalui surat tawaran ini.

Pendaftaran

(kami tidak dapat pastikan tarikh-tarikh pendaftaran ini, harap ada pembaca ePutra boleh mengesahkannya)

  • Program Diploma – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke IPTA adalah 4 dan 5 Jun 2011.
  • Program Asasi – Tarikh pendaftaran pelajar baru ke Pusat Asasi IPTA adalah 22 Mei 2011. Sila rujuk Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA untuk maklumat pembiayaan belajar.

Rayuan UPU

  • Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012.
  • Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari bekerja selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
  • Calon gagal mendapat tawaran ke IPTA tetapi berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi KPM masih boleh mengemukakan permohonan rayuan tetapi semasa proses back-end calon yang telah berdaftar dengan Kolej Matrikulasi KPM diselaraskan dan tidak akan dipertimbangkan dalam proses rayuan kemasukan ke IPTA.
  • Tarikh tutup permohonan e-Rayuan adalah pada 16 Mei 2011.
  • Keputusan rayuan dijangka akan dimaklumkan pada minggu kedua Jun. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA empat minggu selepas tarikh pendaftaran IPTA, maka rayuan mereka dianggap gagal.


credit : e-putra.com

Wednesday, May 4, 2011

RAYUAN KE TINGKATAN 6

Kepada pelajar yang berjaya mendapat tawaran sila uruskan kemasukan anda ke tingkatan 6. Tarikh pendaftaran tingkatan 6 adalah pada 9 Mei 2011. Bagi aliran sains sekolah yang ditawarkan adalah SMK Permas Jaya dan bagi aliran kemanusiaan adalah SMK Johor Jaya 1. Bagi yang ingin mengemukakan rayuan sila berjumpa dengan guru kaunseling sebelum 16 Mei 2011. Syarat rayuan :
1) Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu
2) Mendapat 2 kepujian lain dalam apa jua matapelajaran
3) Bawa bersama salinan keputusan SPM 2010, salinan kad pengenalan, salinan sijil kelahiran dan
salinan sijil ko-kurikulum.

Kepada permohonan IPTA, TEVT dan ILK pelajar hendaklah peka kerana tawaran akan dikeluarkan sepanjang bulan MEI. JANGAN tunggu tawaran sampai kerumh tetapi sila semak di internet.

Monday, May 2, 2011

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 6

Tawaran melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 telah keluar. Sila semak melalui laman sesawang dibawah. Yang berjaya diucapkan tahniah...Kepada yang tidak berjaya untuk membuat rayuan sila berjumpa dengan guru bimbingan & kaunseling. Yang berjaya sila cetak sendiri surat tawaran dan buat seperti yang diarahkan. Tarikh mendaftar ke tingkatan 6 adalah pada 9 Mei 2011.

Wednesday, April 27, 2011

Semakan Pelajar Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012

Sukacita dimaklumkan bahawa semakan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2011/2012 boleh dibuat di sini mulai 28 April 2011. Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi kolej penempatan atau melawat laman sesawang kolej untuk maklumat lanjut . Pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan melalui laman sesawang yang sama mulai 28 April hingga 13 Mei 2011.
Semakan melalui sistem SMS boleh dibuat dengan menaip perkataan MOE MAT[no_kp] dan hantar ke 15888.

Tahniah diucapkan kepada bekas pelajar SMKTM yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi

Sunday, April 17, 2011

PERMOHONAN PINJAMAN / BIASISWA

Permohonan adalah di buka kepada anda untuk memohon Biasiswa di Malaysia bagi sesi pengajian 2011. Berikut adalah senarai Biasiswa yang ditawarkan kepada anda oleh badan-badan yang berkaitan dan Syarikat-Syarikat berkaitan. Sila klik pada link yang diberikan untuk maklumat lanjut.

  1. Biasiswa KPM Kementerian Pelajaran Malaysia - khusus buat penuntut jurusan pendidikan di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
  2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat MARA - khas buat penuntut bumiputera.
  3. Biasiswa JPA - Bagi Pengajian Diploma dan Ijazah dalam negara.
  4. Biasiswa JPA bagi Pengajian Luar Negara -
  5. Biasiswa/Dermasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  6. Biasiswa Bank Rakyat
  7. Biasiswa Bank Negara
  8. Biasiswa Bank Negara bagi Pengajian Perbankan Islam
  9. Biasiswa Yayasan Proton
  10. Biasiswa Sime Darby
  11. Biasiswa Petronas / Petronas Scholarships Program - Tarikh tutup Mac 2011
  12. Biasiswa Maybank
  13. Biasiswa Felda
  14. Biasiswa Negeri Sabah
  15. Biasiswa Negeri Sembilan
  16. Biasiswa Negeri Pahang
  17. Biasiswa Negeri Johor
  18. Biasiswa Negeri Perlis
  19. Biasiswa Negeri Terengganu
  20. Biasiswa Yayasan Melaka
  21. Biasiswa Yayasan Sarawak
  22. Biasiswa Yayasan Perak
  23. Biasiswa Yayasan Kelantan
  24. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  25. Biasiswa / Pinjaman TNB
  26. Biasiswa / Pinjaman KWSP - rujuk pada "Membiayai Pendidikan"
Permohonan sila baca terma dan syarat dengan teliti sebelum memohon biasiswa / pinjaman.

Friday, April 15, 2011

SEMAKAN PERMOHONAN SELEPAS SPM

SEMAKAN PERMOHONAN KE IPTA, MATRIKULASI, ASASI, KPLSPM DAN TINGKATAN 6


UPU – Lepasan SPM
· Semakan Temuduga (jika ada) :11 April 2011 Rujukan:
· Temuduga : 14 – 18 April 2011
· Keputusan Permohonan : Mei 2011 Rujukan: upu.mohe.gov.my
· Penerimaan Tawaran : Mei 2011 IPTA
· Pendaftaran Pelajar Baru: 1 Jun 2011

UPU – Lepasan STPM & Setaraf – Bukan Pendidikan
· Semakan Temuduga: 22- 24 April 2011 Rujukan: UPNM, UiTM, UIAM, UKM, UPM, UUM, UTM, UMS, UM
· Temuduga: 25 April- 5 Mei 2011
· Keputusan Permohonan: Jun 2011 upu.mohe.gov.my
· Pendaftaran Pelajar Baru: 3 & 4 September 2011

UPU – Lepasan STPM & Setaraf – Pendidikan
· Semakan Ujian MEdSI: 22 April 2011 Rujukan: mpm.edu.my
· Ujian MEdSI: 30 April 2011
· Semakan Temuduga: 13 Mei 2011 Rujukan: upu.mohe.gov.my
· Temuduga 18 – 25 Mei 2011
· Keputusan Permohonan Jun 2011
· Pendaftaran Pelajar Baru 3 & 4 September 2011

USM (Universiti Sains Malaysia)
· Semakan Ujian MUnSyI: 24 Mac 2011 pohon.usm.my
· Ujian MUnSyI: 9 April 2011
· Semakan Temuduga: 20 April 2011
· Temuduga: 23 – 29 April 2011
· Keputusan Permohonan: Mei 2011
· Pendaftaran Pelajar Baru: 3 & 4 September 2011

Matrikulasi
· Keputusan Permohonan: 28 April 2011 moe.gov.my
· Pendaftaran Pelajar Baru: 23 Mei 2011
· Keputusan Rayuan dan Ambilan Kedua: Mei 2011
· Pendaftaran Pelajar Baru (Rayuan dan Ambilan Kedua) : Jun 2011

KPLSPM 2011
· Semakan Temuduga: 12 April 2011 moe.gov.my
· Temuduga & Ujian Insak : 18 – 29 April 2011
· Semakan Temuduga(Ambilan Khas): 25 April 2011
· Temuduga & Ujian Insak: 2- 5 Mei 2011
· Keputusan Permohonan : 21 Mei 2011
· Pendaftaran Pelajar Baru: 20 Jun 2011

Politeknik
· Semakan Panggilan Temuduga: 8 & 13 April 2011politeknik.edu.my
· Temuduga: 11 – 25 April 2011
· Ujian Bertulis: 17 – 25 April 2011
· Keputusan Permohonan (Tanpa Bertemuduga): 22 Mei 2011
· Keputusan Permohonan (Bertemuduga): 30 Mei 2011
· Pendaftaran Pelajar Baru: 3 Julai 2011

PILN JPA
· Semakan Temuduga: 8 – 16 April 2011 Rujukan: esilav2.jpa.gov.my
· Temuduga: 12 – 15 April 2011
· Keputusan Temuduga: Mei 2011
· Program Perdedahan Kerjaya Seorang Doktor: 10 – 12 Mei 2011
· Keputusan Rayuan: Jun 2011
· Pendaftaran Pelajar Baru: Jun/Julai/Ogos 2011

PILN MARA
· Semakan Temuduga: 14 April 2011 Rujukan: mara.gov.my

Tingkatan 6
· Semakan Tawaran ke Tingkatan: 6-9 Mei 2011 moe.gov.my
· Pendaftaran Pelajar Baru: Mei 2011
· Permohonan Pertukaran Jurusan: Mei 2011 Pengetua Sekolah
· Tarikh Tutup Rayuan: Jun 2011 Pengetua Sekolah

Thursday, April 14, 2011

SEmakan Panggilan Temuduga KPLSPM(Perguruan)

Kepada yang memohon menjadi guru sila semak permohonan secara online. Klik penyataan dibawah untuk semakan terus...Selamat menduduki temuduga ddoakan berjaya..

Friday, April 1, 2011

PESANAN BUAT PELAJAR....

Peringatan buat pelajar lepasan SPM 2010....Tarikh keramat 4 APRIL 2011 adalah hari terakhir untuk mengemaskini dang menghantar permohonan ke IPTA / Politeknik / ILK / ILP / IKM / KKTM / dan macam2 lagi... Kegagalan anda menghantar permohonan secara online menyebabkan anda tidak ditawarkan kemana-mana institut pengajian tinggi... INGAT !!!! MASA DEPAN ANDA TERLETAK DITANGAN ANDA...

Tuesday, March 29, 2011

PENGUMUMAN TERKINI

Diatas perkara yang tidak dapat dielakkan pihak UiTM tidak dapat hadir pada hari esok 30 Mac 2011 tetapi akan hadir pada 1 April. Harap maklum. Kepada bekas pelajar, sila lengkapkan permohonan anda sebelum 4 April 2011 bagi permohonan ke IPTA /TEVT / ILK. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan anda gagal mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.Permohonan menjadi guru untuk program di IPG dilanjutkan sehingga 31 Mac. Harap maklum

Saturday, March 26, 2011

MINGGU PENDIDIKAN KERJAYA SMKTM 2011


Bermula 28 Mac hingga 1 April 2011 Unit Bimbingan dan Kaunseling akan menganjurkan Minggu Pendidikan Kerjaya SMKTM buat julung kalinya. Tentatif program adalah seperti berikut :-

28 Mac 2011 (Isnin) : Taklimat Kerjaya dari Management and Science University (MSU)
29 Mac 2011 (Selasa) : Taklimat dan pameran kemasukan ke Politeknik Johor Bahru
30 Mac 2011 (Rabu) : Taklimat dan pameran Selangkah ke UiTM oleh UiTM Johor Bahru
31 Mac 2011 (Khamis) :Penempatan kemahiran di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pasir Gudang

(semua taklimat dan pameran bermula jam 11.30 pagi sehingga 1.00 petang)

Acara kemuncak pada 1 April 2011 (Jumaat) : Karnival Pendidikan Kerjaya bermula jam 9.00 pagi hngga 12.00 tengahari.

Semua warga SMKTM dan ex-student SMKTM dipersilakan hadir untuk mendapat info dan maklumat terkini halatuju diri selepas SPM

PERMOHONAN BIASISWA SELEPAS SPM

Salam semua. Ramai ex-student SMK Taman Molek datang ke bilik cikgu bertanyakan biasiswa yang boleh dipohon untuk melanjutkan pelajaran. Dibawah ini disertakan laman sesawang yang boleh dilayari. Semua permohonan atas daya usaha sendiri. Peluang sudah terhidang tunggu masa menggapai peluang.

1) Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

2) Biasiswa MARA

3) Malaysia Scolarship

4) Study Loan

Thursday, March 24, 2011

SELANGKAH KE UITM


Kepada pelajar yang berminat boleh pergi bersama keluarga.

Tarikh : 26 - 27 mac 2011
Masa : 8.30 pg - 5.00 petang
Tempat : UiTM Kampus Johor Bahru

Sila bawa bersama keputusan SPM anda.


PERMOHONAN MELANJUTKAN PELAJARAN SELEPAS SPM

Dibawah adalah laman sesawang untuk pelajar lepasan SPM membuat permohonan melanjutkan pelajaran. Klik dan akan disambungkan terus ke sesawang berkenaan. Pilihlah dengan bijak. Masa depan anda ditangan anda.

1) IPTA/POLITEKNIK /TEVT / ILKA


2) IPT DIBAWAH MARA


3) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)

Untuk menyemak kelayakan permohonan berdasarkan keputusan spm silaya layari lawan web berikut :-

1) KELAYAKAN MASUK KE IPTA


2) KELAYAKAN MASUK KE IPTS


Sila pastikan anda mengisi sendiri permohonan...Digalakkan memohon lebih dari satu permohonan.Sebarang masalah boleh berbincang dengan kaunselor smktm. Sentiasa melayari webblog ini untuk maklumat terkini dari masa ke masa.

Tuesday, March 22, 2011

SEMAKAN SPM SECARA SMS


Mulai tahun 2011 ,Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam 30 MAC 2011.

Kepada yang tidak sempat menghadirkan diri mengambil keputusan boleh menyemak keputusan secara sms...ia mudah...cepat ....dan tepat...


Monday, March 21, 2011

SPM OH SPM !!!!!

Keputusan SPM akan diumumkan pada 23 MAC 2011 bersamaan hari Rabu. Para pelajar boleh mengambil keputusan bermula jam 10.00 pagi. Pakailah pakaian yang sopan. Kami guru-guru SMKTM mendoakan kejayaan cemerlang SPM 2010. Sebarang masalah untuk melanjutkan pelajaran bolehla berjumpa dengan mana-mana kaunselor. Pintu bilik Kaunseling sentiasa terbuka untuk anda. Kepada bekas pelajar SMKTM anda dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Karnival Kerjaya SMKTM seperti yang tertera pada iklan. Ia bermanafaat untuk mereka yang masih tidak tahu halatuju selepas SPM.

Sunday, March 20, 2011

LAWATAN KE KARNIVAL JOM MASUK U


Pada 12 Mac 2011, bertempat di PERSADA JOHOR BAHRU, UBK SMKTM telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke KARNIVAL JOM MASUK U bagi memberi maklumat dan pendedahan kepada para pelajar khususnya pelajar tingkatan 5 tentang halatuju mereka melanjutkan pelajaran selepas tamat tingkatan 5. Semoga ia dapat memberikan semangat kepada para pelajar agar lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk tahun ini.



PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 2011


Seperti tahun-tahun sebelum ini Program Sekolah Selamat berjalan seperti yang dirancang. Banyak pihak telah memberikan kerjasama kepada pihak sekolah bagi menjayakan program sekolah selamat. Pihak UBK SMKTM mengucapkan jutaan terima kasih kepada LPPKN, JKJR, TRAFIK SRI ALAM, PENJARA JOHOR dan BOMBA JOHOR JAYA atas kesudian membantu pihak sekolah bagi memastikan para pelajar SMKTM selamat sejahtera selaras dengan tema yang dipilih tahun ini "SEKOLAH SELAMAT,SIHAT & CERIA MATLAMAT KITA"