PLEASE SIGN THIS GUESTBOOK

Tuesday, August 31, 2010

SALAM KEMERDEKAAN



Selamat menyambut kemerdekaan Malaysia ke 53.
1 Malaysia Menjana Transformasi

Sunday, August 29, 2010

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2010

Bagi meyemarakkan lagi bulan Ramadhan, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTM dengan kerjasama Panitia Agama Islam serta Kelab Guru (KEBIRU) akan mengadakan edaran bubur lambuk percuma kepada semua pelajar SMKTM mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 30 OGOS 2010 (Isnin)
Masa : SelepasSolat Asar (4.45 petang)
Tempat : Ruangan Foyer SMKTM
Pakaian : Pakaian seragam / T-shirt sekolah

Semua pelajar dijemput mengambil bubur lambuk untuk berbuka bersama keluarga. Bersama-sama kita menyemarakkan lagi bulan Ramadhan ini iaitu bulan yang penuh keberkatan.

PROGRAM AMANAT BERSAMA PENTADBIR

Sepanjang minggu ini dari 23 hingga 27 Ogos pelajar tingkatan 3 telah menjalani program amanat bersama tuan pengetua. Ini bertujuan untuk memberi kata perang sang dan dorongan akhir sebelum pelajar tingkatan 3 menduduki peperiksaan PMR. Diharap pelajar tingkatan 3 yang terlibat mengambil iktibar dan semangat diatas kata-kata pihak pentadbir SMKTM iaitu En K.Tamilvanthan selaku Pengetua dan Puan Maimunah Hassan selaku PK 1. Didoakan semoga suksess dalam peperiksaan PMR yang mendatang.

Thursday, August 19, 2010

TAWARAN MEMASUKI MAKTAB TENTERA DIRAJA

Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTD) yang berpengkalan di Sg Besi,Kuala Lumpur telah membuka pengambilan pelajar bagi kemasukan Tingkatan 4 bagi sesi 2011.


Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia.
b. Jantina – Lelaki.
c. Tinggi Minimum - 152 sm.
d. Berat Minimum - 40.5 kg.
e. Body Mass Index (BMI) – 18 hingga 27.
f. Penglihatan – Baik dan tidak rabun warna.
h. Sihat tubuh badan dan tidak berpenyakit
i. Mendapat sekurangnya4A 2B dalam peperiksaan percubaan PMR
j. Keutamaan diberi kepada calon yang aktif dalam ko-kurikulum

Sekiranya calon PMR SMKTM berminat boleh mendapat borang permohonan dari Bilik Kaunseling

SELAMAT DATANG

Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Taman Molek mengucapkan "SELAMAT BERTUGAS" kepada En. Lim Seo Peng PK Hal Ehwal Murid yang baru.Diharap kehadiran beliau akan memantapkan lagi disiplin dan sahsiah pelajar SMK Taman Molek.

Friday, August 13, 2010

MAJLIS PERPISAHAN GPK HEM 2010


Pada 13 Ogos 2010, majlis perpisahan bagi meraikan perpindahan Pn K.Sarojah, PK Hal Ehwal Murid SMK Taman Molek, telah berjalan dengan lancar.Pn K.Sarojah akan berpindah ke SMK Permas Jaya 2. Diharap beliau akan lebih berjaya di sekolah yang baru... Kami warga UBK SMKTM mengucapkan setinggi terima kasih diatas khidmat yang telah beliau sampaikan sepanjang bertugas di SMKTM...Semoga beliau akan lebih terus berjaya dimasa akan datang...THANK YOU PN K.SAROJAH...JASAMU DIKENANG...






Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Ahlan Wahsahlan.... Selamat Datang Ya Ramadhan.... Bersyukur panjang umur kita berjumpa lagi.

Kepada pelajar-pelajar SMK Taman Molek Yang disayangi Marilah kita bersama-sama kuatkan hati dan tingkatkanlah iman untuk menjalani ibadah puasa. Mudah-mudahan kehadiran ramadhan pada tahun ini dapat membentuk kita menjadi manusia yang baik dan menjadi yang insan cemerlang di dunia dan diakhirat.. amin..

Saturday, August 7, 2010

PERMOHONAN MATRIKULASI 2010/2011

Kepada pelajar Tingkatan 5 yang telah membeli no matrik, sila isikan permohonan anda sebelum 1 Oktober 2010 menggunakan no pin yang telah diberi. Sebarang pertanyaan atau kesukaran boleh berjumpa dengan guru bimbingan & kaunseling SMKTM. Kepada pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan internet di bilik UBK SMKTM, hanya dibenarkan pada waktu rehat dan selepas tamat sesi persekolahan sebelum jam 2.00 petang. Diharap dengan mengisi permohonan ini pelajar akan lebih fokus dan lebih bermatlamat untuk berjaya dalam SPM 2010. Pihak UBK SMKTM mendoakan pencapaian yang cemerlang untuk semua pelajar tingkatan 5

KEM KEJIRANAN LESTARI PUTERA&PUTERIKU SAYANG





Pada 2 hingga 5 Ogos 2010 seramai 100 orang puteri dan 100 orang putera SMK Taman Molek telah berkampung di Tiram Indah Village bagi mencari kesedaran diri agar menjadi pelajar yang cemerlang.Diharap kembalinya putera & puteri ini akan menjadi titik tolak agar warga SMKTM menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.Harapan kami UBK SMKTM agar putera & puteri ini menjadi modal insan yang sempurna bagi membina negara.

KARNIVAL ANTI DADAH DAERAH PASIR GUDANG 2010

video
Pada 31 Julai 2010, bertempat di SK Kota Masai 2 telah berlangsung Karnival antidadah daerah Pasir Gudang.SMK Taman Molek telah mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan.Berikut adalah pencapaian pelajar SMK Taman Molek.

E-PPDa - Tempat ketiga
Sajak Dadah - Tempat keempat
Melukis Poster - Saguhati
Pidato - Saguhati

Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya kita cuba lagi pada tahun hadapan. SMKTM BOLEH !!!