PLEASE SIGN THIS GUESTBOOK

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru


SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA RAKAN-RAKAN GURU.
TERUSKAN PERJUANGANMU.....
YANG TUA DIHORMATI YANG MUDA DIKASIHI

Wednesday, May 12, 2010

Lawatan Ke Politeknik Johor Bahru








11 Mei 2010- Seramai 20 orang pelajar dari tingkatan 4GB telah mengikuti lawatan ke Politeknik. Lawatan ini merupakan anjuran UBK SMKTM sempena pameran jurusan graphic design oleh pelajar Politeknik Johor Bahru. Ia memberi gambaran kerjaya berkenaan subjek grafik berkomputer kepada para pelajar 4GB.

Tuesday, May 11, 2010

Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar 2010

















10 Mei 2010. Majlis Penyerahan Watikah Pemimpin Pelajar SMK Taman Molek telah selamat disempurnakan. Tahniah kepada semua pemimpin pelajar.Jalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab. Jutaan terima kasih kepada En. Jumat Jaafar,YDP PIBG di atas kehadiran memeriahkan lagi majlis ini. Pihak UBK SMKTM mengucapkan setinggi penghargaan kepada guru-guru yang terlibat melicinkan majlis ini. TAHNIAH SEMUA !!!

Monday, May 10, 2010

Program Sahabat PPDa Petronas


8 Mei 2010-Pasir Gudang. Seramai 6 orang pelajar telah terpilih mengikuti program Sahabat PPDa Petronas Peringkat Negeri Johor, terdiri daripada 4 orang fasilitator pelajar iaitu Prana, Bryan, Loshene & Syahidah manakala 2 orang pelajar iaitu Haikal & Hishamudin sebagai peserta program. Pihak UBK SMKTM mengucap setinggi penghargaan di atas komitmen pelajar dalam menjayakan program tersebut. Program sehari anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Petronas dilihat memberikan manafaat yang berguna untuk merealsasikan wawasan negara iaitu "SEKOLAH BEBAS DADAH 2012"

We Are The Champion



TAHNIAH !!! CHELSEA JUARA EPL 2010

Sunday, May 9, 2010

Kemasukan ke Politeknik

Untuk makluman semua semakan tawaran melanjutkan pelajaran ke politeknik telah keluar.Sila layari

http://www.politeknik.edu.my/keputusanpermohonan/umum/Carian.asp

TAHNIAH kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke politeknik... Didoakan semoga berjaya hingga ke peringkat tertinggi...

Thursday, May 6, 2010

tawaran ke tingkatan 6 & matrikulasi

Pelajarku....TAHNIAH!!! kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke ting6 & matrikulasi..teruskan usaha hingga ke menara gading. untuk semakan ting 6 layari

http://apps.emoe.gov.my/form6/semakan2010/index.cfm

kepada pelajar yang ingin membuat rayuan sila berjumpa kaunselor.
rayuan boleh dibuat bermula 17 mei hingga 30 mei